Lalu lintas sesak, Jokowi terpaksa jalan kaki

2017-10-06 9,091 Dailymotion

Download Convert to MP3

Presiden Indonesia, Joko Widodo terpaksa berjalan kaki sejauh 2 kilometer semalam selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perarakan tentera di sini semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi bersama beberapa pegawai kanan kerajaan dikatakan terperangkap dalam kesesakan jalan raya ketika konvoi mereka hampir sampai ke majlis perarakan yang diadakan sempena ulang tahun penubuhan tentera Indonesia ke-72.

Kejadian berlaku di kawasan sebuah bandar pelabuhan, Cilegon yang terletak kira-kira dua setengah jam perjalanan dari ibu kota Jakarta, kata Istana Presiden.

“Setelah menunggu hampir 30 minit, Jokowi kemudian membuat keputusan untuk berjalan kaki,” kata pengawal Jokowi, Ili Dasili dalam satu kenyataan.

coinpayu
Loading...